Islamic Widget

Thursday, August 29, 2013

Kalam Ulama' itu.....





Assalamualaikum w.b.t =)

Selawat dan Salam ke atas Saiyidina Muhammad S.A.W serta ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya....Kali ini saya hanya ingin menulis sedikit perkongsian dan teguran khususnya untuk diri saya sendiri dan umumnya untuk pembaca sekalian. Mudah-mudahan kita semua diRahmati ALLAH Azza wa Jalla.. Ameen =) 

Apakah Kalam Ulama' itu janggal??? 

Kebanyakan pada zaman ini,ada sebahagian dikalangan penuntut ilmu yang sering kali berhujah dengan menggunakan kata-kata ulama'...PERSOALANNYA.. Pelik ke kalau ada insan yang lemah berhujah menggunakan kata2 Ulama'?? Dan tak perlu sampai nak mengatakan yang insan itu ahli bid'ah dan mengikut hawa nafsu dalam hujah-hujahnya dengan hanya sebab berhujah dengan kata-kata ulama'....Sudah terlupa kah kita telah termaktub di dalam Al Quran : 

" Bahawasanya golongan yang paling takut kepada ALLAH SWT dikalangan hamba-hambanya adalah Ulama' " [ Surah Al Fatir:28 ]


Profesor Doktor A'thiyyah Mustofa
 ketika saya ditugaskan untuk berkhidmat dengan Ulama' daripada Al Azhar ini
Ramadhan 2013


Saidina Anas R.A menambah :

”Sesiapa yang tidak takutkan Allah dia bukanlah orang A'lim”.


Orang yang berilmu...akan menggunakan dalil naqli diselangi dengan dalil aqli pada setiap jawapan dan hujah......dan bagi para Ulama' yang berhujah dengan ilmu kalam ataupun dalil kalam,sebenarnya mereka lebih berilmu daripada orang2 yang hanya sekadar mendakwa serta membawa hujah kosong dan tiada faedah apabila melayan kerenah mereka. Cuba kita melihat kehidupan Imam Abu Hanifah yang hidup di kalangan mereka yang pada zaman itu hanya berhujah menggunakan aqal semata-mata iaitu mereka yang tidak mempercayai adanya pencipta di dunia ini (ATIS) mana mungkin mereka yang jahil boleh menerima hujah-hujah yang bersifat qati'e dan dzanni daripada Al Quran da As Sunnah, sudah semestinya apabila berhadapan dengan mereka, berhujah dengan mereka perlulah menggunakan Aqal atau ilmu kalam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya:

 "Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata."


Sabda RasuluLLAH S.A.W :



"Ulama' adalah pewaris Anbiya' "

[ Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad ]

Dan telah bersabda RasuluLLAH S.A.W :

“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.” 
[Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]

PERSOALANNYA.....Ulama' yg mana satu yang perlu kita ikuti dan mengambil istifadah daripadanya??? Jawapannya adalah Ulama' yang menuntut ilmu secara BERTALAQQI , MENGAMBIL SANAD2 HADITH & ILMU2 AGAMA daripada guru-gurunya dan Ulama' yg mengamalkan ilmu yg dipelajarinya .....bukan Ulama' yg hanya berguru dgn KITAB.....tidak memadai dipanggil MUJTAHID jika hanya berguru dengan KITAB apatah lagi nak dipanggil ULAMA'.....


Saya ketika berpeluang bertalaqqi bersama guru saya yang mulia
As Syeikh A'thiyyah Mustofa
Dan akhir sekali,sebuah potongan kata-kata hikmah daripada Orang Alim :


“Ilmu itu diperoleh dengan cara ta’allum (dipelajari dari guru), kefahaman itu dengan cara tafaqquh (bertemu dengan guru menagih kefahaman darinya) dan sesiapa yang Allah mahu baginya kebaikan, maka Allah akan memberikan kepadanya kefaqihan (kefahaman) dalam hal ehwal agama”. 
[ Tarikh Dimashq Ibn Asakir ]


Memang benar ulama' pewaris Anbiya'. Namun perlu ditanam dalam hati bahawa Ulama' bukan maksum. Mereka boleh tersalah dan boleh benar. Jika benar ijtihad mereka,maka bagi mereka 2 pahala. Jika tersalah,maka baginya 1 pahala. Sabdaan RasuluLLAH S.A.W (Ulama Pewaris Anbiya') bukanlah tiket yang besar untuk kita taksub kepada Ulama' tersebut dan mengambil semua pandangannya. Jika ada pandangan yang bercanggah dengan beberapa Hadith Sohih atau mana-mana pendapat yang lebih rajih, maka wajib kita mengikuti Hadith Sohih dan ambil pendapat yang lebih rajih itu kerana kemungkinan ianya bersumberkan dari dalil-dalil yang qat'ie atau bersumberkan dari dalil-dalil yang zanni TANPA mengutuk sedikit pun kesalahan ulama'-ulama' yang bercanggah pendapatnya kerana mengutuk sesama muslim itu samalah seperti memakan daging orang yang dikutuk itu sedangkan daging ulama' itu 'beracun'.

Sesuai dengan kata Imam Syafie RahimahuLLAH:


("Jika sahih sesuatu hadith,maka itulah mazhabku.")

Sekian...hanya ini sahaja nasihat yang mampu disampaikan untuk diri saya ini dan juga sahabat-sahabat pembaca sekalian,mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian kali ini mampu memberi impak yang positif kepada kita dan kemudiannya menarik minat kita untuk berdamping dengan para Ulama'..moga-moga kita dikurniakan Syafaat di akhirat kelak ;)...jika terdapat mana-mana kesalahan pada penulisan saya pada kali ini,dialu-alukan untuk memberi teguran dan penambahbaikan...WALLAHU A'LAM 

Wassalam............ =)