Islamic Widget

Wednesday, August 28, 2013

Hijrah ke Bumi Syam..Rahmat Tuhan ke atas hambanya..Ahlan...

Pintu Masuk Utama
University Of Jordan,Amman.
Innal HamdaliLLAHi wal Minnah.....Bumi Syam telah ku jejaki setelah berbulan2 lamanya ku menunggu dengan penuh kesetiaan dan kini telah hampir setahun aku menetap di bumi Syam, Jordan. Menetap di Amman, ibu kota Jordan membuatkan aku belajar erti Redha dan Sabar dengan lebih mendalam. Alhamdulillah,masih mampu meneruskan kehidupan di sana dengan aman dan harmoni  DAN kini kembali ke pangkuan Umi n Abuya di Malaysia bercuti selama 3 bulan selepas berhempas pulas untuk 2 semester besar di University Of Jordan. =)







Tidaklah sesuatu itu dapat dicapai melainkan hasil usaha seseorang..tiada kalam yang paling indah untuk orang yang dalam kebahagiaan dan kegembiraan melainkan lafaz Alhamdulillah.....Segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang meliputi sekalian makhluknya, tidaklah seseorang itu merasa kepuasan nikmat yang hakiki melainkan selepas berTAHMID memuji Tuhannya Rabbul A'lamin...

Jordan bumi gunung ganang..
sekitar kawasan maqam Nabi Yusha' A.S
Di sini sekadar coretan ringkas I'brah a.k.a pengalaman perjalanan dan permusafiran dalam menuntut ilmu bersama sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH. Luasnya rahmat tuhan itu tidak mampu kita menyingkap keseluruhannya melainkan hanya SATU sahaja daripada SERATUS rahmat yang dikurniakan ALLAH ke atas sekalian hamba-hambnya. Maka,sekalian manusia pada hari ini sama ada yang  masih hidup atau yang telah meninggalkan bumi yang fana' ini sejak dahulu kala,kesemuanya telah diberi peluang untuk merasai Rahmat ALLAH Azza wa Jalla yang SATU itu sahaja. Cuba kita fikir sebentar, Orang yang buta matanya adakah dia juga orang yang pekak? Orang yang buta matanya, dia bukan orang yang pekak. ALLAH kurniakan dia hati yang cerah..itu keistmewaan dia. Ada pun kita yang sihat pancaindera ini ,yang tiada sebarang kecacatan pada jasad, adakah hanya mampu membezakan kelebihan kesempurnaan tubuh badan yang ada pada diri kita dengan mereka 
yang kurang sempurna ?


Hari pertama salji..gayat sikit, 1st time ni main salji.. =D



Maka, kekuatan kita dan kemampuan kita juga berbeza dengan mereka...oleh itu, bukan kah ALLAH menggalakkan hambanya untuk bertebaran di muka bumi ini dengan maksud bermusafir mencari I'brah di tempat orang lain. Jika sekarang ini,kita masih di takuk yang lama,bila lagi mahu mencuba berhijrah ke takuk yang baru yang lebih indah suasananya...










Mudah-mudahan, Hijrah ku ini memberi lebih keinsafan dan ketenangan untuk diri ku...TAJDID NIAT, TAJDID NIZOM, TAJDID SHAKSIAH!