Islamic Widget

Saturday, January 28, 2012

Keindahan Bersua


Assalamualaikum w.b.t

Dimulakan perbicaraan kita pada kali ini dengan menyematkan perasaan pergantungan diri kepada tuhan yang esa iaitu Allah Azza wa Jalla. Setinggi-tinggi kesyukuran Al-Faqir merafa'kannya kepada Allah Ta'ala di atas Rahmat dan kasih sayangnya kepada diri ini yang hanya semata-mata mencari keredhaan daripadaNYA,mudah-mudahan perbicaraan dan munaqasyah kita selepas ini akan menjadi lebih berterusan kerana sebelum ini Al-Faqir lebih tertumpu kepada pelajaran.InsyaALLAH dengan izin Allah,saya akan sentiasa memuatkan perbicaraan yang berbentuk Ilmiah selepas ini.

Selepas setahun saya tidak membuka blog ini,saya telah banyak mendapati masalah-masalah yang baru,lebih-lebih lagi berkaitan dengan masalah yang dialami oleh para penuntut ilmu. Adakalanya...saya tidak memandang berat dengan masalah ini,akan tetapi disebabkan masalah ini semakin meruncingkan keadaan,maka saya kembali mengambil berat dengan permasalahn ini.Hal ini kerana taraf seseorang penuntut ilmu itu mesti dijaga dengan seberapa yang boleh.

InsyaALLAh,jika tidak keberatan selepas ini saya akan banyak menghasilkan munaqasyah berbentuk ilmiah khususnya kepada penuntut ilmu...

WallahuA'lam....Assalamualaikum w.b.t