Islamic Widget

Thursday, June 17, 2010

KEPENTINGAN SILLATURRAHIM DISISI ISLAM....

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..............................

Alhamdulillah...buat pertama kalinya marilah kita sama-sama merafa'kan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T..dengan segala pemberian dan kurniannya,dapat lagi kita hidup di muka bumi Allah ini dan pada penghujungnya akan dikembalikan kita kesisinya sedangkan Allah S.W.T tidak akan mati dan berkekalan selama-lamanya.........

Pada zaman yang penuh dengan pancaroba ini,sekalian manusia sering kali lalai terhadap Allah S.W.T sedangkan bilangan umat Islam pada zaman muta'akhirin makin hari makin bertambah bilangannya tetapi semakin lama semakin renggang hubungannya dengan Allah dan juga sekalian manusia.Bertepatanlah dengan sabdaan Rasulullah S.A.W,mafhumnya


"Pada suatu masa, umatku semakin lama semakin bertambah,tetapi mereka diibaratkan seperti buih di pantai"

Oleh yang demikian,fahamlah kita dengan sabdaan Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kita yakni umat di zaman muta'akhirin yang hidup seperti buih di pantai.Iaitu apabila berhempasnya ombak di pantai,maka terkeluarlah buih darpadanya lalu pecahlah buih-buih tersebut.dengan maknanya yang lain,apabila seseorang itu sampai pada peringkat umurnya yang sudah mumaiyyiz,maka mereka semua akan mula lalai dengan perintah Allah yang telah difardhukan keatas setiap muslim.

Maka Allah S.W.T telah mewajibkan kita menjalinkan hubungan di antara manusia dan tuhannya.
Firman Allah S.W.T. maksudnya:

"Berpeganglah kamu dengan tali Allah dan manusia sekaliannya (hubungan) dan janganlah kamu berpecah belah"

maka dengan firman Allah S.W.T yang disebutkan di atas wajiblah kita semua menjadi hamba sehamba hambanya kepada Allah dan menjalinkan hubungan Sillaturrahim dengan sekalian manusia.

Pada hakikatnya,manusia sebenarnya telah berjanji kepada Allah menjadi hamba dan taat kepadanya sejak di alam roh lagi.Berkata Al Qaununi R.A di dalam Syarah al Ta'arruf: Sebahagian ulama menyebut bahawa hadith ini berkaitan dengan bab mengaitkan dengan sesuatu yang tidak mugkin.Ini kerana Allah S.W.T telah menutup pintu mengenal roh sebagaimana firmannya di dalam surah Al israa':85,maksudnya

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.Katakan,"Roh itu urusan tuhanku,dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja."

Ayat ini mengingatkan,bahawa jika manusia itu lemah daripda mengenal rohnya yang tergolong di dalam kumpulan makhluk,bahkan sesuatu yang lebih dekat kepadanya,maka untuk mengenal Tuhannya adalah lebih lemah lagi.Bahkan dia lebih lemah lagi mengenal hakikat perkataan dan pancainderanya seperti pendengaran,penglihatan,perkataannya dan lain-lain lagi kerana manusia
itu dalam perkara ini saling berbeza-beza dan bermacam-macam alirannya.Apabila begini keadaannya pada benda-benda yang zahir,maka bagaimana pula halnya untuk kita mengenal Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi?

Maka berkait dengan unsur perhubungan dengan Allah dan manusia,kita perlu memahami konsep sillaturrahim itu sendiri,maka pentingnya sillaturrahim ini dapat diungkapkan di dalam sebuah kisah yang dimana
"Pada suatu majlis yang diketuai oleh Abu Hurairah R.A,semasa beliau mahu berdoa kepada Allah Azza wa Jalla,beliau mengatakan bahawa barangsiapa yang ada memutuskan hubungan sillaturrahim dengan sesama manusia didalam majlisku ini,maka DIPERSILAKAN KELUAR DARI MAJLISKU INI!!!!"

Dengan yang demikian,maka sampai disini sahajalah penerangan berkenaan dengan tajuk Kepentingan Sillaturrahim disisi Islam.Maka diharapkan kepada para pembaca yang dikasihi,ambillah iktibar dah kebaikan dari kisah ini.Segala kesilapan di dalam artikel ini harap dimaafkan kerana penulis hanyalah insan yang masih menuntut ilmu-ilmu agama..Maka Bertafakkurlah diri kita ini pada setiap hari...soallah diri kita.."Adakah hari ini aku ada memutuskan hubungan sillaturrahim dengan sesama Muslim dan saudaraku sekalian???Fikirkanlah...mintalah keampunan kepada Tuhan Yang Satu......

Wallahu'Alam.....