Islamic Widget

Friday, June 18, 2010

Adakah manusia ada 4 sifat pada dirinya???



Bismillahirrahmanirrahim....


Adakah manusia ada 4 sifat pada dirinya?

Adakah ianya berlaku pada diri kita?

Betul ke 4 sifat tersebut berkait dengan hawa nafsu kita?


Satu pendahuluan yang saya tuliskan pada artikel ini dimulakan dengan 3 soalan.Cuba kita sama-sama fikirkan apakah ia 4 sifat tersebut.....mugkin ada yang mengetahuinya dan mungkin ada yang tidak tahu apa-apa langsung...Fikirkan!!!


Baiklah...setelah para pembaca memikirkan tentang 4 sifat tersebut dengan sekian lamanya,saya akan memberikan segala jawapan yang bermain pada fikiran para pembaca sekalian.

Soalan yang pertama berkaitan dengan 4 sifat tersebut ianya terdiri daripada:



Pertama : Sifat BAHIMIAH iaitu KEHAIWANAN

Kedua : Sifat SABU'IYYAH iaitu KEBINATANGAN

Ketiga : Sifat MALAKIYYAH iaitu KEMAILAKATAN

KEEMPAT: Sifat IBLISIYYAH iaitu KEIBLISIAN


Soalan yang kedua berkaitan tentang adakah ianya ada pada diri kita.....


Jawapannya ialah YA ianya berlaku pada setiap manusia yang berakal dan bernafsu sebabnya manusia ini pada dirinya memang terdapat 4 sifat ini.Sifat kemarahan,kehendak kepada sesuatu yang baik dan tidak baik,sifat mahu beribadah kepada tuhannya seperti malaikat dan sifat yang hina serupa seperti iblis.Semuanya tidak akan terlepas kepada setiap manusia.Walaupun terdapat 3 sifat yang buruk dan hanya ada 1 sifat sahaja yang baik pada diri manusia ini,percayalah manusia mampu mengatasi 3 sifat yang buruk itu dengan menggunakan 1 sifat yang baik itu dengan sebaik-baiknya iaitu sifat MALAKIYYAH.


Soalan yang ketiga adakah berkaitan dengan hawa nafsu kita..???


Jawapannya juga YA,kesemua sifat tersebut memang berkait dengan hawa nafsu kita.

Tuntutan hawa nafsu itu memang bermaksud berkehendak dan sentiasa menuruti kepada kehendak dan keinginanya.Firman Allah S.W.T,maksudnya:


"Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan"


Muthir Al Razi berkata: "Memahat bukit batu dengan jejari adalah lebih ringan daripada kegelinciran yang dilakukan oleh nafsu apabila ia menguasai jiwa"


Maka hayatilah,itulah 4 sifat yang berkait dengan tuntutan hawa nafsu tetapi apabila timbulnya sifat malakiyyah

maka itulah yang dapat ditunjukkan dan dibuktikan bahawa itulah FITRAH MANUSIA.Apabila sesorang itu didalam kesusahan dia akan kembali kepada Tuhannya dan menuntut kasih sayang dan pertolongan daripada Tuhannya.Oleh yang demikian,fahamlah kita bahawa setiap manusia ini memang wajib pada dirinya 4 sifat tersebut.Maka terdapat rawatan kepada manusia untuk jauh daripada sifat tuntutan hawa nafsu dan agar terhindar daripada dibelenggu dengan hawa nafsu.Maka rawatannya ialah menurut perintah Allah sepertimana firmannya yang bermaksud:

"...Serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu"


Sampai disini sahaja Artikel mengenai 4 sifat tersebut,maka hayatilah kehidupan kita pada hari ini serta berwaspadalah dengan segala tuntutan hawa nafsu yang membelenggu kehidupan kita......

Wallahu'Alam