Islamic Widget

Wednesday, August 25, 2010

SERUAN KAABAH....2010


Salam Ramadhan Al Mubarak kepada sekalian Umat Islam dan juga kepada semua sahabat2 ana yang berada di Maahad Ahmadi khususnya kepada pelajar Senawi 1 2010...Semoga Allah Ta'ala memberkati kehidupan kita pada bulan yang penuh dengan keberkatan...Insya'Allah....





Pada tanggal 26 0gos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431 Hijrah...Al faqir Muiz S akan berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah bersama ayahandanya.Al Faqir Muiz akan terbang pada jam 3 petang dan dijangka 0tiba di Jeddda pada 6.05 petang waktu Saudi.Justeru,Al Faqir ingin memohon seribu kemaafan kepada semua sahabat2 dan mereka yang mengenali Al Faqir sama ada secara bersemuka atau di dalam laman2 sosial (Facebook,Friendster & lain2).Jika Al faqir ada berhutang dengan sesiapa yang berkenaan diharap bersabar dan al faqir akan melunaskannya selepas kepulangan ataupun halalkan sahaja.Khusus kepada senawi 1 omar 2010..Al faqir sangat2 memohon kemaafan dari antum semua dengan sepenuh keikhlasan hati jika al faqir ada membuat beberapa kesilapan ketika bersama antum...maafkan al faqir dan al faqir memohon doa dari antum semua semoga al faqir diberi kekuatan dan keinsafan serta keselamatan pergi dan pulang.Insya'Allah...Sampaikan salam al faqir kepada semua sahabat2 ana.Wallahu'Alam.......Assalamualaikum dan Salam AidilFitri Maaf Zahir dan Batin......

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Al Mubarak..




Salam Ramadhan kepada semua warga muslimin dan m
uslimat....moga-moga kita semua dikurniakan rahmat dan inayahnya

Kini 10 ramadhan yang pertama telah berlalu,dan kini 10 ramadhan yang kedua sedang b
erlangsung.Kita sebagai Orang Islam perlulah menghayati bulan Ramandhan yang penuh dengan keberkatan ini serta dengan melakukan amalan-amalan yang boleh mendatangkan maanfaat dan mendapat ganjaran yang berlipat kali gandanya.
    Kelebihan Ramadan
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.


  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman,Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Sunday, July 4, 2010

Si Kesinaran dan Si Kegelapan






Adakah kehidupan seseorang itu dijamin bahagia?kekal abadi sehingga terpisahnya roh daripada jasadnya?bagaimana mahu mengekalkan kebahagiaan hidup yang penuh dengan pancaroba ini?...............

Dengan setinggi-tinggi pujian dan rasa syukur ke hadrat Allah Azza Wa Jalla,dapat lagi kita iaitu umat manusia di zaman yang sudah mula terpadamnya kesinaran dan timbulnya pula kegelapan.Bagi manusia biasa,kegelapan itu memang sudah biasa bagi mereka,tetapi bagi golongan yang memerlukan kesinaran akan meratapi pemergian si kesinaran itu.Kesinaran dan kegelapan adalah mainan umat manusia,apabila si manusia mendapat kesenangan,si manusia akan melarikan diri dari si kesinaran.Alangkah hebatnya manusia apabila mudah meloloskan diri daripada ‘Si Kesinaran’.Walau bagaimanapun,golongan manusia yang mencari kesinaran akan berdepan dengan ujian yang amat ‘SYADID’ dari Tuhan Yang Menciptakan…….


Ikhwan wa Akhowat fiLlah,


Permainan dalam kehidupan terlalu banyak sehinggakan manusia sendiri sanggup melarikan diri dari ‘Si Kesinaran’….Pelik sungguh bagi orang yang mencari sinar,tetapi “it’s normal beb”…itulah kata2 pujangga bagi yang orang yang so simple ni…Kebahagiaan yang ‘hakiki’ dalam kehidupan sebenarnya bukan kebahagiaan di dunia ini.Kebahagiaan yang ‘hakiki’ adalah kebahagiaan di akhirat kelak.Sama juga seperti kehidupan di dunia ini,semuanya tidak kekal abadi melainkan kehidupan yang ‘hakiki’ di akhirat kelak……(tiada penghujungnya). Bermakna di sini…setiap muslim perlu sedar bahawa dunia ini diciptakan oleh ALLAH adalah satu persinggahan sahaja,ianya satu R&R sahaja.Di dunialah kita perlu mengutip segala hasil yang boleh dibawa bersama ke akhirat dan digantikan dengan Syurga Allah Azza Wa Jalla.Tiada masa lagi untuk kita memikirkan harta benda,couple-couple dan mencari kesyahwatan di ‘R&R’ ini.

Sebagai penutup dan akhir kalam,kita sesama manusia perlulah saling nasihat-menasihati antara satu sama lain.Serulah mereka di jalan yang lurus dan bawalah mereka ini mencari ‘Si Kesinaran’ iaitu mencari keredhaan ALLAH di dunia dan di akhirat.Sepertimana firman Allah:-

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”

Insya’Allah dengan rahmat dan inayahnya setiap muslim ini akan diredhai Allah dan akan disahkan keahlian kita sebagai Umat Nabi Muhammad S.A.W oleh baginda S.A.W sendiri.

Amin…Sekian ,Wallahu’Alam….

Saturday, July 3, 2010

HABAIBULLAH.....

GAMBAR PARA MASYAIKH
"KETAHUILAH BAHAWASANYA PARA WALI ITU TIADA KETAKUTAN PADA MEREKA DAN TIADA KESEDIHAN"
(Surah Yunus ayat 62)

Syeikh Yusuf Al Hasani wa Syeikh Abdul Aziz
Syeikh Rohimuddin Al Bentani

Bemula tahun lepas, bulan 12....sebelum result PMR keluar...aq dan beberapa orang sahabat(kump burdah hasani),telah menghadiri majlis ilmu bersama Syeikh Yusuf Al Hasani...pemergian kami bertemu dengan beliau semuanya atas jasa Ustaz Nasir...

Dari beliau,kami mengenal erti nafsu,duniawi,murabbi dan lain2 lagi.Kemudiannya dari situlah ana mengambil TABARRUK dengannnya.Kasih Sayangnya terhadap anak2 murid beliau tidak pernah terpadam,bahkan beliau sendiri pernah berkata..."aku lebih menyayangi anak murid aku daripada anak-anak aku sendiri"....subhanallah...begitu sekali pengorbanan para kekasih Allah sehinggakan sanggup meninggalkan ahli keluarganya dan bermusafir mencari anak-anak muridnya di serata dunia.

Beliau juga pernah berkata.."Sebenarnya aku yang mencari anak-anak murid aku,anak-anak murid aku lupa pada aku"...sekali lagi kata2 beliau yang amat mengusik jiwa yang penuh dengan dosa ini...Beliau telah mentarbiah anak2 murid beliau dengan penuh kasih sayang dan dengan penuh berhikmah.

Akhir kalam,jika ada kesempatan sekali lagi,ana akan mempamerkan biodata Syeikhuna selegkapnya...Insya'Allah...sentiasalah berdamping dengan para Auliya' kerana itulah pewaris Anbiya' Alaihimussolatuwassalam...

Kata Imam GHAZALI R.A:-
BEKUNYA AIR MATA KERANA KERASNYA HATI,
KERASNYA HATI KERANA BANYAKNYA DOSA,
BANYAKNYA DOSA KERANA PANJANGNYA ANGAN-ANGAN,
PANJANGNYA ANGAN-ANGAN KERANA KECANTIKAN DUNIA.

FIKIR-FIKIRKANALAH WAHAI MUSLIMIN Dan MUSLIMAT.....

WALLAHU'ALAM......

PROTOKOL KE 10...YAHUDI...



Seminit untuk kita beringat… DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa…

"Yahudi telah menghasut kita terutama umat islam...mari kita lihat sama2 tentang protokol ke 10 Yahudi Laknatullah...."


Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara….

1.. Song….

Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.....
tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela… Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah…. tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa….. berjaya sudah Yahudi….

Hingga kita terfikir….. bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. …Sex…..

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv,dalam filem, dalam iklan… babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex… filem 18SX amat laris berbanding filem U.

.. VCD lucah mudah didapati… dan harganya amat murah… Adakah filem

yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi

laknatullah……

3. …Smoke….

Rokok.. menjadi kegilaan para remaja… sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok… malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar “up to date”.. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja…. ataupun penari kabaret…. (tengok dari filem P Ramlee)…. Syabas yahudi… berjaya lagi kamu….

4. …..Sport…

Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan… hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss… bukan yang bermain sahaja tak sembahyang… yang menonton pun tak sembahyang juga… Kalau menonton di rumah… akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL…. Yahudi gol lagi…. sampai ada ulamak kata… kerana sukan..sembahyang boleh tangguh… Masya-Allah,..

5. .. Fun..

Hiburan…di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan…. Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga… yang menayangkan buah mangga artis perempuan…. Kalau ada konsert…. sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert…. pelbagai maksiat akan diselit masuk…. Yahudi terhibur lagi….

6…. Female…

Perempuan…tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan… Kalau kita ke kedai bateri kereta…. di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi… apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?..
… Yahudi bersorak lagi…..

7…Fashion….

Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat…. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat?

Yang mewarnakan rambut lagi teruklah… Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan…. Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu…

Kalau dah rambut diwarnakan… sembahyang pun tak sah… malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air… itu tak kira yang cukur bulu kening lagi… Yahudi ketawa lagi….Umat islam sudah jadi macam Yahudi….


8. .. Food..Makanan..

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut… dan seribu satu macam lagi… Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina…. masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan… tapi makanan Barat menjadi kebanggaan… Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika…. siapa
nak pergi check…

halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap…

Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi… tetapi
berfikiran pun macam yahudi… Nauzubillah…..Yahudi makan Islam
lagi…

Friday, June 18, 2010

Adakah manusia ada 4 sifat pada dirinya???



Bismillahirrahmanirrahim....


Adakah manusia ada 4 sifat pada dirinya?

Adakah ianya berlaku pada diri kita?

Betul ke 4 sifat tersebut berkait dengan hawa nafsu kita?


Satu pendahuluan yang saya tuliskan pada artikel ini dimulakan dengan 3 soalan.Cuba kita sama-sama fikirkan apakah ia 4 sifat tersebut.....mugkin ada yang mengetahuinya dan mungkin ada yang tidak tahu apa-apa langsung...Fikirkan!!!


Baiklah...setelah para pembaca memikirkan tentang 4 sifat tersebut dengan sekian lamanya,saya akan memberikan segala jawapan yang bermain pada fikiran para pembaca sekalian.

Soalan yang pertama berkaitan dengan 4 sifat tersebut ianya terdiri daripada:



Pertama : Sifat BAHIMIAH iaitu KEHAIWANAN

Kedua : Sifat SABU'IYYAH iaitu KEBINATANGAN

Ketiga : Sifat MALAKIYYAH iaitu KEMAILAKATAN

KEEMPAT: Sifat IBLISIYYAH iaitu KEIBLISIAN


Soalan yang kedua berkaitan tentang adakah ianya ada pada diri kita.....


Jawapannya ialah YA ianya berlaku pada setiap manusia yang berakal dan bernafsu sebabnya manusia ini pada dirinya memang terdapat 4 sifat ini.Sifat kemarahan,kehendak kepada sesuatu yang baik dan tidak baik,sifat mahu beribadah kepada tuhannya seperti malaikat dan sifat yang hina serupa seperti iblis.Semuanya tidak akan terlepas kepada setiap manusia.Walaupun terdapat 3 sifat yang buruk dan hanya ada 1 sifat sahaja yang baik pada diri manusia ini,percayalah manusia mampu mengatasi 3 sifat yang buruk itu dengan menggunakan 1 sifat yang baik itu dengan sebaik-baiknya iaitu sifat MALAKIYYAH.


Soalan yang ketiga adakah berkaitan dengan hawa nafsu kita..???


Jawapannya juga YA,kesemua sifat tersebut memang berkait dengan hawa nafsu kita.

Tuntutan hawa nafsu itu memang bermaksud berkehendak dan sentiasa menuruti kepada kehendak dan keinginanya.Firman Allah S.W.T,maksudnya:


"Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan"


Muthir Al Razi berkata: "Memahat bukit batu dengan jejari adalah lebih ringan daripada kegelinciran yang dilakukan oleh nafsu apabila ia menguasai jiwa"


Maka hayatilah,itulah 4 sifat yang berkait dengan tuntutan hawa nafsu tetapi apabila timbulnya sifat malakiyyah

maka itulah yang dapat ditunjukkan dan dibuktikan bahawa itulah FITRAH MANUSIA.Apabila sesorang itu didalam kesusahan dia akan kembali kepada Tuhannya dan menuntut kasih sayang dan pertolongan daripada Tuhannya.Oleh yang demikian,fahamlah kita bahawa setiap manusia ini memang wajib pada dirinya 4 sifat tersebut.Maka terdapat rawatan kepada manusia untuk jauh daripada sifat tuntutan hawa nafsu dan agar terhindar daripada dibelenggu dengan hawa nafsu.Maka rawatannya ialah menurut perintah Allah sepertimana firmannya yang bermaksud:

"...Serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu"


Sampai disini sahaja Artikel mengenai 4 sifat tersebut,maka hayatilah kehidupan kita pada hari ini serta berwaspadalah dengan segala tuntutan hawa nafsu yang membelenggu kehidupan kita......

Wallahu'Alam

Thursday, June 17, 2010

KEPENTINGAN SILLATURRAHIM DISISI ISLAM....

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..............................

Alhamdulillah...buat pertama kalinya marilah kita sama-sama merafa'kan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T..dengan segala pemberian dan kurniannya,dapat lagi kita hidup di muka bumi Allah ini dan pada penghujungnya akan dikembalikan kita kesisinya sedangkan Allah S.W.T tidak akan mati dan berkekalan selama-lamanya.........

Pada zaman yang penuh dengan pancaroba ini,sekalian manusia sering kali lalai terhadap Allah S.W.T sedangkan bilangan umat Islam pada zaman muta'akhirin makin hari makin bertambah bilangannya tetapi semakin lama semakin renggang hubungannya dengan Allah dan juga sekalian manusia.Bertepatanlah dengan sabdaan Rasulullah S.A.W,mafhumnya


"Pada suatu masa, umatku semakin lama semakin bertambah,tetapi mereka diibaratkan seperti buih di pantai"

Oleh yang demikian,fahamlah kita dengan sabdaan Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kita yakni umat di zaman muta'akhirin yang hidup seperti buih di pantai.Iaitu apabila berhempasnya ombak di pantai,maka terkeluarlah buih darpadanya lalu pecahlah buih-buih tersebut.dengan maknanya yang lain,apabila seseorang itu sampai pada peringkat umurnya yang sudah mumaiyyiz,maka mereka semua akan mula lalai dengan perintah Allah yang telah difardhukan keatas setiap muslim.

Maka Allah S.W.T telah mewajibkan kita menjalinkan hubungan di antara manusia dan tuhannya.
Firman Allah S.W.T. maksudnya:

"Berpeganglah kamu dengan tali Allah dan manusia sekaliannya (hubungan) dan janganlah kamu berpecah belah"

maka dengan firman Allah S.W.T yang disebutkan di atas wajiblah kita semua menjadi hamba sehamba hambanya kepada Allah dan menjalinkan hubungan Sillaturrahim dengan sekalian manusia.

Pada hakikatnya,manusia sebenarnya telah berjanji kepada Allah menjadi hamba dan taat kepadanya sejak di alam roh lagi.Berkata Al Qaununi R.A di dalam Syarah al Ta'arruf: Sebahagian ulama menyebut bahawa hadith ini berkaitan dengan bab mengaitkan dengan sesuatu yang tidak mugkin.Ini kerana Allah S.W.T telah menutup pintu mengenal roh sebagaimana firmannya di dalam surah Al israa':85,maksudnya

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.Katakan,"Roh itu urusan tuhanku,dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja."

Ayat ini mengingatkan,bahawa jika manusia itu lemah daripda mengenal rohnya yang tergolong di dalam kumpulan makhluk,bahkan sesuatu yang lebih dekat kepadanya,maka untuk mengenal Tuhannya adalah lebih lemah lagi.Bahkan dia lebih lemah lagi mengenal hakikat perkataan dan pancainderanya seperti pendengaran,penglihatan,perkataannya dan lain-lain lagi kerana manusia
itu dalam perkara ini saling berbeza-beza dan bermacam-macam alirannya.Apabila begini keadaannya pada benda-benda yang zahir,maka bagaimana pula halnya untuk kita mengenal Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi?

Maka berkait dengan unsur perhubungan dengan Allah dan manusia,kita perlu memahami konsep sillaturrahim itu sendiri,maka pentingnya sillaturrahim ini dapat diungkapkan di dalam sebuah kisah yang dimana
"Pada suatu majlis yang diketuai oleh Abu Hurairah R.A,semasa beliau mahu berdoa kepada Allah Azza wa Jalla,beliau mengatakan bahawa barangsiapa yang ada memutuskan hubungan sillaturrahim dengan sesama manusia didalam majlisku ini,maka DIPERSILAKAN KELUAR DARI MAJLISKU INI!!!!"

Dengan yang demikian,maka sampai disini sahajalah penerangan berkenaan dengan tajuk Kepentingan Sillaturrahim disisi Islam.Maka diharapkan kepada para pembaca yang dikasihi,ambillah iktibar dah kebaikan dari kisah ini.Segala kesilapan di dalam artikel ini harap dimaafkan kerana penulis hanyalah insan yang masih menuntut ilmu-ilmu agama..Maka Bertafakkurlah diri kita ini pada setiap hari...soallah diri kita.."Adakah hari ini aku ada memutuskan hubungan sillaturrahim dengan sesama Muslim dan saudaraku sekalian???Fikirkanlah...mintalah keampunan kepada Tuhan Yang Satu......

Wallahu'Alam.....