Islamic Widget

Thursday, August 29, 2013

Kalam Ulama' itu.....





Assalamualaikum w.b.t =)

Selawat dan Salam ke atas Saiyidina Muhammad S.A.W serta ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya....Kali ini saya hanya ingin menulis sedikit perkongsian dan teguran khususnya untuk diri saya sendiri dan umumnya untuk pembaca sekalian. Mudah-mudahan kita semua diRahmati ALLAH Azza wa Jalla.. Ameen =) 

Apakah Kalam Ulama' itu janggal??? 

Kebanyakan pada zaman ini,ada sebahagian dikalangan penuntut ilmu yang sering kali berhujah dengan menggunakan kata-kata ulama'...PERSOALANNYA.. Pelik ke kalau ada insan yang lemah berhujah menggunakan kata2 Ulama'?? Dan tak perlu sampai nak mengatakan yang insan itu ahli bid'ah dan mengikut hawa nafsu dalam hujah-hujahnya dengan hanya sebab berhujah dengan kata-kata ulama'....Sudah terlupa kah kita telah termaktub di dalam Al Quran : 

" Bahawasanya golongan yang paling takut kepada ALLAH SWT dikalangan hamba-hambanya adalah Ulama' " [ Surah Al Fatir:28 ]


Profesor Doktor A'thiyyah Mustofa
 ketika saya ditugaskan untuk berkhidmat dengan Ulama' daripada Al Azhar ini
Ramadhan 2013


Saidina Anas R.A menambah :

”Sesiapa yang tidak takutkan Allah dia bukanlah orang A'lim”.


Orang yang berilmu...akan menggunakan dalil naqli diselangi dengan dalil aqli pada setiap jawapan dan hujah......dan bagi para Ulama' yang berhujah dengan ilmu kalam ataupun dalil kalam,sebenarnya mereka lebih berilmu daripada orang2 yang hanya sekadar mendakwa serta membawa hujah kosong dan tiada faedah apabila melayan kerenah mereka. Cuba kita melihat kehidupan Imam Abu Hanifah yang hidup di kalangan mereka yang pada zaman itu hanya berhujah menggunakan aqal semata-mata iaitu mereka yang tidak mempercayai adanya pencipta di dunia ini (ATIS) mana mungkin mereka yang jahil boleh menerima hujah-hujah yang bersifat qati'e dan dzanni daripada Al Quran da As Sunnah, sudah semestinya apabila berhadapan dengan mereka, berhujah dengan mereka perlulah menggunakan Aqal atau ilmu kalam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya:

 "Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata."


Sabda RasuluLLAH S.A.W :



"Ulama' adalah pewaris Anbiya' "

[ Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad ]

Dan telah bersabda RasuluLLAH S.A.W :

“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.” 
[Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]

PERSOALANNYA.....Ulama' yg mana satu yang perlu kita ikuti dan mengambil istifadah daripadanya??? Jawapannya adalah Ulama' yang menuntut ilmu secara BERTALAQQI , MENGAMBIL SANAD2 HADITH & ILMU2 AGAMA daripada guru-gurunya dan Ulama' yg mengamalkan ilmu yg dipelajarinya .....bukan Ulama' yg hanya berguru dgn KITAB.....tidak memadai dipanggil MUJTAHID jika hanya berguru dengan KITAB apatah lagi nak dipanggil ULAMA'.....


Saya ketika berpeluang bertalaqqi bersama guru saya yang mulia
As Syeikh A'thiyyah Mustofa
Dan akhir sekali,sebuah potongan kata-kata hikmah daripada Orang Alim :


“Ilmu itu diperoleh dengan cara ta’allum (dipelajari dari guru), kefahaman itu dengan cara tafaqquh (bertemu dengan guru menagih kefahaman darinya) dan sesiapa yang Allah mahu baginya kebaikan, maka Allah akan memberikan kepadanya kefaqihan (kefahaman) dalam hal ehwal agama”. 
[ Tarikh Dimashq Ibn Asakir ]


Memang benar ulama' pewaris Anbiya'. Namun perlu ditanam dalam hati bahawa Ulama' bukan maksum. Mereka boleh tersalah dan boleh benar. Jika benar ijtihad mereka,maka bagi mereka 2 pahala. Jika tersalah,maka baginya 1 pahala. Sabdaan RasuluLLAH S.A.W (Ulama Pewaris Anbiya') bukanlah tiket yang besar untuk kita taksub kepada Ulama' tersebut dan mengambil semua pandangannya. Jika ada pandangan yang bercanggah dengan beberapa Hadith Sohih atau mana-mana pendapat yang lebih rajih, maka wajib kita mengikuti Hadith Sohih dan ambil pendapat yang lebih rajih itu kerana kemungkinan ianya bersumberkan dari dalil-dalil yang qat'ie atau bersumberkan dari dalil-dalil yang zanni TANPA mengutuk sedikit pun kesalahan ulama'-ulama' yang bercanggah pendapatnya kerana mengutuk sesama muslim itu samalah seperti memakan daging orang yang dikutuk itu sedangkan daging ulama' itu 'beracun'.

Sesuai dengan kata Imam Syafie RahimahuLLAH:


("Jika sahih sesuatu hadith,maka itulah mazhabku.")

Sekian...hanya ini sahaja nasihat yang mampu disampaikan untuk diri saya ini dan juga sahabat-sahabat pembaca sekalian,mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian kali ini mampu memberi impak yang positif kepada kita dan kemudiannya menarik minat kita untuk berdamping dengan para Ulama'..moga-moga kita dikurniakan Syafaat di akhirat kelak ;)...jika terdapat mana-mana kesalahan pada penulisan saya pada kali ini,dialu-alukan untuk memberi teguran dan penambahbaikan...WALLAHU A'LAM 

Wassalam............ =)





Wednesday, August 28, 2013

Hijrah ke Bumi Syam..Rahmat Tuhan ke atas hambanya..Ahlan...

Pintu Masuk Utama
University Of Jordan,Amman.
Innal HamdaliLLAHi wal Minnah.....Bumi Syam telah ku jejaki setelah berbulan2 lamanya ku menunggu dengan penuh kesetiaan dan kini telah hampir setahun aku menetap di bumi Syam, Jordan. Menetap di Amman, ibu kota Jordan membuatkan aku belajar erti Redha dan Sabar dengan lebih mendalam. Alhamdulillah,masih mampu meneruskan kehidupan di sana dengan aman dan harmoni  DAN kini kembali ke pangkuan Umi n Abuya di Malaysia bercuti selama 3 bulan selepas berhempas pulas untuk 2 semester besar di University Of Jordan. =)







Tidaklah sesuatu itu dapat dicapai melainkan hasil usaha seseorang..tiada kalam yang paling indah untuk orang yang dalam kebahagiaan dan kegembiraan melainkan lafaz Alhamdulillah.....Segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang meliputi sekalian makhluknya, tidaklah seseorang itu merasa kepuasan nikmat yang hakiki melainkan selepas berTAHMID memuji Tuhannya Rabbul A'lamin...

Jordan bumi gunung ganang..
sekitar kawasan maqam Nabi Yusha' A.S
Di sini sekadar coretan ringkas I'brah a.k.a pengalaman perjalanan dan permusafiran dalam menuntut ilmu bersama sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH. Luasnya rahmat tuhan itu tidak mampu kita menyingkap keseluruhannya melainkan hanya SATU sahaja daripada SERATUS rahmat yang dikurniakan ALLAH ke atas sekalian hamba-hambnya. Maka,sekalian manusia pada hari ini sama ada yang  masih hidup atau yang telah meninggalkan bumi yang fana' ini sejak dahulu kala,kesemuanya telah diberi peluang untuk merasai Rahmat ALLAH Azza wa Jalla yang SATU itu sahaja. Cuba kita fikir sebentar, Orang yang buta matanya adakah dia juga orang yang pekak? Orang yang buta matanya, dia bukan orang yang pekak. ALLAH kurniakan dia hati yang cerah..itu keistmewaan dia. Ada pun kita yang sihat pancaindera ini ,yang tiada sebarang kecacatan pada jasad, adakah hanya mampu membezakan kelebihan kesempurnaan tubuh badan yang ada pada diri kita dengan mereka 
yang kurang sempurna ?


Hari pertama salji..gayat sikit, 1st time ni main salji.. =D



Maka, kekuatan kita dan kemampuan kita juga berbeza dengan mereka...oleh itu, bukan kah ALLAH menggalakkan hambanya untuk bertebaran di muka bumi ini dengan maksud bermusafir mencari I'brah di tempat orang lain. Jika sekarang ini,kita masih di takuk yang lama,bila lagi mahu mencuba berhijrah ke takuk yang baru yang lebih indah suasananya...










Mudah-mudahan, Hijrah ku ini memberi lebih keinsafan dan ketenangan untuk diri ku...TAJDID NIAT, TAJDID NIZOM, TAJDID SHAKSIAH!

Sunday, November 11, 2012

KeputusanKu....


ASSALAMUALAIKUM w.b.t =)

     
    Alhamdulillah..... tarikh 21 Mac 2012 telah ku tempuhi dgn penuh debaran dan kesabaran,selepas tarikh tersebut,saya terpaksa menempuhi cabaran yang seterusnya untuk menentukan masa hadapan yg masih samar2 lagi....Walaupun dlm samar2, saya tetap mempunyai azam untuk mencapai apa yg terbaik untuk diri ini.... "sekiranya kau telah berazam,maka serahkanlah kepada ALLAH" 

________________________________________________________________________

   Selesai mengambil keputusan SPM, saya masih ingat lagi apa yang dikatakan oleh ayah 
saya. Apa yg dikatakan itu memang telah disepakati oleh 3 pihak yg berkuasa...tak mampu diri 
ni nk melawan arus sebab mereka bertiga,saya menyendiri...nak tau apakah ia??? haa..... iaitu   
tentang peringkat pengajian seterusnya.... sebelum tu, secara peribadi saya memang berhajat 
nak meneruskan pengajian di Maahad Ahmadi iaitu di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia 
(STAM) sbb banyak manfaat dan kelebihan kalau ambil STAM ni....memang dah tekad lepas 
SPM,nak sambung pengajian di STAM,,alang2 dah 5 thn kat Maahad ni,baik selesaikan 6 thn terus...lagi jimat masa pastu memang minat dengan muqarrar2 STAM ni sebabnya dah mcm bidang DIRASAT pulak.... (Usuluddin,Syariah dan Lughah). Rugi klu lepaskan peluang ni....bdk lain nak masuk STAM bkn senang,nak kena interview dulu lah baru lepas,,tapi aku ni dah free2 dpt tawaran ambil STAM.....maka hati ni tetap tekad dengan STAM pada hari itu,,apa2 pun keputusan....STAM tetap di hati.. (cewahh!!)

   Agak2 dekat pukul 3,ayah saya call..masa tu kat aspura STAM...saya ditanya nak jumpa umi tak?? umi nak tengok result muiz...maklumlah ada D kan...hihihi....jadi saya pun balik lah ke seremban....Hmm,,, Petang tu bincang lah dgn parents tentang pengajian seterusnya....tak sangka harapan mereka nk saya sambung pengajian JORDAN,,,,, ALLAH....!!! 

ketika mana di Maahad Ahmadi STAM...rindu saar ini ^_^
  Namun, saya tetap dengan pendirian untuk meneruskan pengajian di MAAHAD AHMADI sebab memang hajat & niat saya nak ambil STAM. Akan tetapi, ketentuan ALLAH itu hanya DIA sahaja yang tahu. Pada hujung bulan Mac,saya telah menghantar borang tawaran melanjutkan pengajian tinggi di Timur Tengah khususnya di Jordan. Saya tidak terlalu berharap untuk itu,akan tetapi ALLAH menguji lagi perancangan hambaNYA yang hina ini. ("SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN ALLAH" ).Bisikku ketika melayan angin sepoi2 petang di Aspura Maahad STAM : "Ni dah nak masuk bulan Mei,rasanya aku tak terpilih kot untuk interview, tak apalah,aku lagi senang kalau aku tamatkan belajar STAM, lagipun tinggal 5 bulan je lagi nak imtihan, bahath (assignment) pun tengah dalam proses...hmm,tawakkal je lah kpd ALLAH..." 


  Keesokannya, "anda terpilih untuk sesi temuduga!!"......ALLAH~~ hati gembira tak tahu kenapa,dah cuba pujuk hati ni nak tetap di STAM..tapi,tak apa...cuba je dulu temuduga.....
Dengan bertemankan beberapa kawan2 satu sekolah yg terpilih untuk sesi temuduga...kami pun lalui 'liku2' temuduga dengan penuh kesabaran...hanya ALLAH yg tahu perasaan hati ini..hmm...confirm tak terpilih,huru-hara jawapan aku..". Jadi, esoknya terus balik ke Maahad untuk teruskan pengajian.

  Masuk bulan Jun, rasanya tak terpilih ni...ALHAMDULILLAH, semangat kembali membara untuk belajar dengan lebih tekun,STAM dah nak dekat,risau kalau tak serius belajar...target nak  MUMTAZ SOFI...huhu ^_^...... Tiba2,panggilan dari abuya...kenapa pula ni?? Persoalan yang timbul....."Muiz kena balik hari ni,esok MAINS ada buat taklimat pinjaman ke Timur Tengah...." lalu aku pun tergamam, " Ya Salaammm...terpilih ke? ...jawapannya memang TERPILIH..AlhamdulILLAH........

Ustaz Zulkarnain (Ayahanda) =)

   Pesan Ustaz Zulkarnain bin Itam (ayahanda) semasa otw ke seremban.." Muiz,kalau suatu hari nanti N.Sembilan ni dah tak ada pengganti Mufti...enta yang tinggal dan layak pada kedudukannya...Naik terus jadi Mufti...jangan bagi tempat tu kpd orang yg tak layak pada tempatnya.....(ayahanda ni orang yg TERNAMA & TERKENAL di NS..). Hati kecil berbisik, MasyaALLAH...aku hanya orang bawahan shj,mampu ke aku sampai ke tahap itu, Apa yang ayahanda dapat lihat kat aku ni??? Aku tawakkal kpd ALLAH atas kehendakNYA....

  Masuk ke bilik taklimat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi,Seremban....jumpa kawan sekolah rendah,jumpa budak2 genius dan hebat2 belaka...tanya sekolah masing2, tanya result SPM masing2...Mak Oii...dahsyat betul budak2 ni...aku ni macam mana tiba2 terselit kat sini??? malu ketika itu.... Maka berlalu lah hari taklimat dengan perasaan sedih sebab kawan baik saya tak sama tempat pengajian, Dia terpilih ke Maghribi dan saya ke Jordan...WALLAH,memang sedih!!! 
Asyraf (Baju hitam merah-Maghribi Kuliah Dirasat Islamiah)

Student PITT  2012(Medic & Syariah)
PITT 2012 (SPM)


Majlis Penutupan PITT 2012 bersama MB N9

 Minta cuti kat Ustaz Nasir 3 hari je,tapi sebab kena siapkan beberapa dokumen dengan segera,terpaksa ambil cuti dekat 2 seminggu...Ana Aaasif ya Ustaz =). Dalam beberapa minggu kemudian, diarahkan pulak ke BTN kat Alor Gajah Melaka...dah lah dalam hutan,aduyai...malas betul...tapi apakan daya,arahan..ikut je la...Habis je seminggu BTN...dapat rehat seminggu je...Lepas tu dapat arahan kena masuk kursus persediaan ke Timur Tengah.. Program Intensif Timur Tengah 2012 (PITT) kat Pusat Dakwah (PDI)...yang ni dekat 2 bulan tapi memang best sebab program2 ada yg buat kat luar NS,tempat mewah pulak tu,Al maklumlah,budak tajaan...hehe...dapat ramai kwn yg best2 kat sini,sampai jadi rapat pun ada....seronok betul...Lagi satu dapat belajar mcm2 ilmu bahasa, terutama belajar Syarah Matan Ajrumiah (Tuhfatus Saniah) oleh Ust Danial Farhan,memang terbaik...banyak lagi program lain macam Hafal Al Quran,kelas bahasa Arab Fushah dan Ammi, kelas Ulum AL Quran dan kelas Fiqh...memang rasa dah macam bdk U...ilmu yg belajar MASYAALLAH,TABARAKALLAH!!! Kursus PITT ni mula dari Julai hingga hujung Ogos...penutup buat kat Allson Klana tu dengan MB NS....bangga dapat naik pentas ambil Sijil kat MB..haha...Maka berakhirlah kursus PITT tersebut,yg tinggal hanyalah kenangan bersama kawan2...best kot duduk situ dengan bdk2 sekepala...hehe..terutama Hafizi dan Mukhlis....Fizi ni study kat Maghribi dan Mukhlis di Jordan....yang pasti,semua itu hanya menjadi kenangan sahaja.....

Mukhlis (baju hitam) & Fizi (baju merah)
dua-dua Ex SHAMS

  Tarikh penerbangan kian menghampiri, tetapi persediaan masih belum ready semuanya...sedih plus gembira...excited sbb dpt belajar ke luar negara, tapi hati kecil ini tetap rindu akan MAAHAD AHMADI....saya ziarah ke sana beberapa sebelum penerbangan....hakikatnya masa drive Viva balik ke seremban,air mata mengalir tanpa disedari...ALLAH~~~  Dalam masa yg sama,saya amat berharap suatu hari nanti,saya nak taburkan bakti dan jasa kpd adik2 di Maahad,yang pasti tarbiah mesti diteruskan......Selamat Tinggal Bumi Tarbiyah yang disayangi dan disanjungi....Semoga kita bakal dipertemukan kembali....Ilalliqa'....sekian sampai di sini sahaja kisah ini....hati sebak dan sayu bila teringat Maahad Ahmadi.....WALLAHU A'LAM =)
Kawan se MAAHAD (2007-2012)
KH Team 8th Generation of E'dadi Maahad Ahmadi
Bersama As Syeikh Yusuf Al Hasani (Murabbiku) =)


Ziarah terakhir ke rumah Ustaz Nasir (juga Murabbiku)

Sunday, July 1, 2012

Permulaan Hidup Yang Baru 2012 (edisi-1)



Assalamualaikum w.b.t  =)

         Alhamdulillah....ALLAH Azza wa Jalla masih lagi membenarkan saya dan para pembaca sekalian hidup hingga ke hari ini dengan dikurniakan pelbagai kenikmatan yang tak mampu kita membayarnya dengan permata atau wang ringgit..Ingatlah,setiap saat itu milik ALLAH,maka hiaskanlah ia dengan keindahan AD DIN itu..... =)

        Post kali ini,saya terlalu berminat untuk menceritakan tentang nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saya,bukanlah untuk menunjuk2 akan tetapi untuk berkongsi pengalaman yang indah utk diri saya......ia bermula dengan tanggal 21 MAC 2012..........apakah ia??? gerun nak taip,tapi dah lepas semuanya....kena lah kongsikan.....hmm....

       Tika itu, saya masih menuntut di Maahad Ahmadi STAM, hari yang mendebarkan itu mencabar semangat saya untuk masuk ke kuliah...tapi apakan daya,saya amalkan konsep 'REDAH',walaupun takut,cuak,gerun dan sbginya....saya tetap msk ke kuliah.Pada kebiasaannya,kami tidak dibenarkan untuk memegang handphone ketika dlm kuliah,tapi hari itu,dunia menyaksikan bahawa saya melanggar disiplin sekolah...hehe...handphone disimpan dengan megahnya di bawah meja kelas...dengan status silent sbb nak elak kantoi dgn ustaz...masa semakin hampir nak ke pukul 10 pagi,,hati gundah gelana..haru biru...memang x fokus dengan kuliah pagi tu...memang saat itu ALLAH shj yang mengetahuinya...Persoalannya,,mengapa terlalu takut sangat??? jwpnnya adalah semasa fatrah imtihan SPM,saya mcm tak yakin dengan jawapan yang diberikan termasuk subjek2 yang saya minat dan fokus terutamanya subjek Bahasa Arab Tinggi....hah! trus kpd result...Alhamdulillah,nikmat itu hadir tanpa disapa melainkan berusaha ke arahnya kerana ALLAH...sebenarnya saya dah dimaklumkan awl oleh ayah saya tentang result SPM saya tapi x yakin...tepat jam 12.30 tghhari...diumumkan keputusan SPM 2011 di dewan Ibnu Sina Maahad Ahmadi... apa yang diulaskan oleh ustaz2 ni mmg x ambil serius,,waktu tu semua dah tertumpu kpd result masing2...yelah,nk msk U bkn pki cakap mulut je..tapi pakai result SPM tu... hmm.. result diumumkan bermula dengan result 7A...jeng3!!! Alhamdulillah,,memang ALLAH maha pendengar...doaku termakbul untuk naik ke pentas keramat dewan ibnu sina tu... walaupun tak percaya je,,tapi itulah hakikatnya....ALLAH kurniakan saya keputusan yang tak pernah terdetik di lubuk hati ni...walaupun ada kawan2 yang lagi gah dan hebat resultnya dari saya,,tapi saya tetap bangga dengan pencapaian saya,, 7A 2B+ 1D...mmg ssh nk lupakan result ni sbb sesat satu D..Tak pernah ada dlm sejarah peperiksaan besar ni ada D....nk wat mcm mana..rezeki kita lah kan.... (aq ada,kau ada??? hehe...).

      Hah....itulah dia hadiah saya untuk org2 yg byk membantu saya terutamanya Umi n Abuya saya,,guru2 saya dan kwn2 saya jgk.....tanpa anda semua,mustahil saya dpt naik ke pentas utk ambil result yg  membanggakan tu...... Tapi apa-apa pun, itulah dia NIKMAT yg ALLAH kurniakan kpd saya yg asalnya saya bknlah dikalangan yg cemerlang sejak di bangku sekolah rendah... "HAZA MIN FADHLI RABBI" =).

     InsyaALLAH,,akan ketemu lagi disambungan akn dtg yg mengisahkan tentang perjalanan hidup 2012 saya seterusnya...ilalliqa'..Terima kasih membaca.....ajak2 la kwn2 ziarah blog saya ni...Syukran...Assalamualaikum...

Saturday, January 28, 2012

Keindahan Bersua


Assalamualaikum w.b.t

Dimulakan perbicaraan kita pada kali ini dengan menyematkan perasaan pergantungan diri kepada tuhan yang esa iaitu Allah Azza wa Jalla. Setinggi-tinggi kesyukuran Al-Faqir merafa'kannya kepada Allah Ta'ala di atas Rahmat dan kasih sayangnya kepada diri ini yang hanya semata-mata mencari keredhaan daripadaNYA,mudah-mudahan perbicaraan dan munaqasyah kita selepas ini akan menjadi lebih berterusan kerana sebelum ini Al-Faqir lebih tertumpu kepada pelajaran.InsyaALLAH dengan izin Allah,saya akan sentiasa memuatkan perbicaraan yang berbentuk Ilmiah selepas ini.

Selepas setahun saya tidak membuka blog ini,saya telah banyak mendapati masalah-masalah yang baru,lebih-lebih lagi berkaitan dengan masalah yang dialami oleh para penuntut ilmu. Adakalanya...saya tidak memandang berat dengan masalah ini,akan tetapi disebabkan masalah ini semakin meruncingkan keadaan,maka saya kembali mengambil berat dengan permasalahn ini.Hal ini kerana taraf seseorang penuntut ilmu itu mesti dijaga dengan seberapa yang boleh.

InsyaALLAh,jika tidak keberatan selepas ini saya akan banyak menghasilkan munaqasyah berbentuk ilmiah khususnya kepada penuntut ilmu...

WallahuA'lam....Assalamualaikum w.b.t

Monday, December 13, 2010

Sedikit tentang Hari Asyura...






Assalamua'laikum WBT...



Menjelang ketibaan Hari Asyura pada hari Khamis ini bersamaan 10 Muharam 1432 Hijrah,suka Al Faqir menyampaikan sedikit pesanan dan amalan buat saudara-saudara bagi menambahkan lagi pahala dan keberkatan kita sebagai Umat Muhammadiyyah.

Tanpa memanjangkan lagi muqaddimah ini,Ana Al Faqir menulis dan menyenaraikan amalan-amalan serta sedikit dalil tentang pengamalan yang digalakkan oleh Kekasih kita iaitu Nabi Muhammad SAW.Justeru itu,dibawah saya menyenaraikan amalan-amalannya dan semoga hasil pembacaan saudara-saudara sekalian mendapat keberkatan dari Allah SWT.Insya Allah.....

AMALAN HARI ASYURA
  1. Melakukan sembahyang sunat
  2. Berpuasa
  3. Menghubungkan silaturrahim
  4. Bersedekah
  5. Membersihkan diri (mandi Sunat)
  6. Memakai celak (bagi lelaki)
  7. Menziarahi orang-orang alim
  8. Menziarahi orang-orang sakit
  9. Menyapu kepala anak-anak yatim
  10. Meluaskan makanan kepada ahli keluarga
  11. Memotong kuku
  12. Membaca Surah Al-Ikhlas 1000 kali
Al Allamah al Ujhuri RA berkata:

Daripada 12 jenis amalan yang telah disebut di atas,hanya dua sahaja daripadanya yang benar-benar THABIT daripada Rasulullah SAW berdasarkan Hadith yang sohih.Iaitu amalan berpuasa dan meluaskan makanan kepada anggota keluarga.

Berpuasa pada hari Asyura disunatkan dalam Islam berdasarkan Hadith Sohihaini (Bukhari dan Muslim),yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA berkata:

"Setelah Rasulullah SAW datang ke Madinah,Baginda SAW mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyur.Maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka,"Apakah hari yang kamu berpuasa ini?"Jawab mereka,"Ini ialah hari yang mulia,pada hari ini Allah telah menyelamatkan Nabi Musa AS dan kaumnya dan Allah telah meneggelamkan Firaun dan kaumnya.Maka Nabi Musa AS berpuasa kerana bersyukur dengannya dan kami pula berpuasa kerananya."Maka Rasulullah SAW bersabda,"kami adalah lebih berhak dan lebih utama ke atas Nabi Musa daripada kamu."Maka Rasulullah SAW berpuasa kerananya dan menyuruh para sahabat berpuasa kerananya"
(Sohih Muslim)

Begitu juga dengan kelebihan berpuasa dan bersedekah,dijelaskan melalui hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru ibn al 'As RA berkata:

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura,maka seolah-olah dia berpuasa setahun dan sesiapa yang bersedekah pada hari Asyura,seolah-olah dia bersedekah selama setahun."

Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Musa al Madini RA
.

Diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Hibban daripada Hadith Abu Qatadah (marfu'):Bahawa Nabi SAW bersabda:

"Puasa pada hari Asyura,akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya),manakala puasa hari Arafah akan mengkafarahkan dosa dua tahun;setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang."
(Sohih Muslim)

Hikmah berpuasa pada hari Arafah duberikan oleh Allah kelebihan melebihi puasa hari Asyura kerana hari Arafah ialah hari Nabi Muhammad SAW iaitu puasa hari Arafah dikhususkan kepada umat Muhammad SAW.Manakala hari Asyura ialah hari Nabi Musa AS (Nabi Musa AS diselamatkan daripada Firaun),maka kaumnya berpuasa pada hari tersebut.Rasulullah SAW merupakan Nabi yang paling mulia,maka sudah tentu puasa pada hari Arafah akan mengkafarahkan dosa 2 tahun.

Umat Islam juga digalakkan berpuasa sehari sebelum hari Asyura,ianya disebut sebagai hari Tasu'a' (hari kesembilan).

Berdasarkan Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Ghatfan ibn Torif al Murri berkata: Aku mendengar Abdullah ibn Abbas RA berkata:Ketika Rasulullah SAW sedang berpuasa hari Asyura dan menyuruh sahabat Baginda berpuasa,mereka berkata:

"Wahai Rasulullah!Sesungguhnya ia (hari Asyura) adalah hari yang dimuliakan oleh orang Yahudi dan Nasrani.Maka Rasulullah SAW bersabda,"Pada tahun hadapan sekiranya diizinkan Allah,kami akan berpuasa pada hari yang kesembilan (Muharram)."Berkata Ibnu Abbas RA,"Maka tidak datang tahun berikutnya sehinggalah wafatnya Rasulullah SAW."
(Sohih Muslim)
Daripada Ibnu Abbas RA,bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sekiranya aku masih hidup hingga ke tahun akan datang,sudah pasti aku akan berpuasa pada hari yang ke-9 (Muharram)."

Namun begitu,Rasulullah SAW ditaqdirkan wafat sebelum menjelang hari Tasu'a' (ke-9 Muharram) pada tahun berikutnya.Maka Ulama' mengandaikan bahawa Rasulullah SAW berkemungkinan hendak berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 Muharram.Oleh itu,Imam Syafie RA dan lain-lain mensunatkan puasa pada kedua-dua hari tersebut kerana dua hikmah.

Pertama : Untuk membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi yang berpuasa pada hari ke-10 Muharram sahaja.Manakala kita digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 Muharram.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA,bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Berpuasalah kamu pada hari ke-9 dan hari ke-10 dan janganlah kamu menyerupai orang yahudi."

Kedua: Sebagai langkah berhati-hati kerana dikhuatiri timbul kekeliruan atau kesilapan dalam mengira awal muharram yang mungkin terdahulu sehari atau terlambat sehari.Maka dengan berpuasa kedua-dua hari tersebut,dapat mengelakkan kita daripada terlepas peluang untuk melakukan ibadah puasa dan ibadah yang lain pada hari Asyura.

Selain itu,kita juga digalakkan berpuasa 3 hari iaitu hari Asyura, sehari sebelum Asyura dan selepasnya,sebagaimana yang dinaskan oleh Imam Syafie Ra di dalam al Umm dan al Imla'.

Dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA,Rasulullah SAW bersabda:

"Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan hendaklah kamu membezakannya dengan orang Yahudi,berpuasalah kamu sebelumnya (hari Asyura) sehari dan selepasnya sehari."
Ikhwan dan Saudara -saudara yang dimuliakan,

Kita juga disunatkan oleh Rasulullah SAW berpuasa pada 10 hari terawal Muharram.Kenyataan ini disertakan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saiyidatina Aisyah RA daripada Nabi SAW,bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa pada hari-hari yang sepuluh hingga hari Asyura,akan mewarisi syurga Firdaus al A'la."
Untuk yang terakhirnya,

Allah SWT memberi ganjaran yang banyak dan amat besar bagi orang yang memperluaskan makanan ke atas keluarganya pada hari Asyura. Melalui hadith yang diriwayatkan daripada Jabir RA,beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meluaskan makanan ke atas diri dan ahli keluarganya pada hari Asyura maka diperluaskan oleh Allah (rezeki) ke atasnya sepanjang tahun tersebut."

Jabir RA berkata: Kami telah mencubanya dan kami telah mendapat natijah (keputusan) yang baik daripadanya.

Berkata Sufyan al Thauri RA: Aku telah mencubanya selama 50 tahun,maka kami tidak melihat melainkan mendapat kelapangan rezeki daripada Allah SWT.

Oleh yang demikian,beruntunglah bagi mereka yang beramal dengan amalan2 yang telah THABIT daripada Baginda SAW kerana apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah semuanya Sahih dan benar.

Sementara itu,sedikit amalan buat Saudara-saudara sekalian pada malam Asyura dan pada harinya.Iaitu:

Telah berkata Sayyid Muhammad al Amir al Soghir RA,sesiapa yang membaca zikir di bawah sebanyak 70 kali pada hari Asyura,akan dipelihara oleh Allah daripada sebarang kemerbahayaan pada tahun tersebut.

HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL NI'MAL MAULA WA NI'MAN NASIR
"Cukuplah Allah sebagai pengurus kami,sebaik-baik tempat berserah,sebaik-baik penolong dan pembantu."
Amalan ini telah dilakukan oleh ramai Ulama yang tersohor dan mendapat natijah yang baik daripadanya....

Wallahu'alam.....

P/S:Dirujuk daripada buku Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki

Thursday, December 9, 2010

Sejarah Awal Muharram......

Assalamualaikum W.B.T


Bersempena Awal Muharram pada tahun ini,saya Al faqir Ilallah Al Qawiyy ingin menyampaikan atau menukilkan sedikit sejarah ataupun perkara-perkara yang telah berlaku dalam bulan yang penuh mulia ini.Sejarah gilang-gemilang yang telah terjadi didalam bulan yang mulia ini memberikan manfaat yang terbesar bagi mereka yang mengaku sebagai Umat Muhammadiah pada zaman ini dan juga kepada mereka yang cinta kepada Ahli Bayt Saiyidina Rasululillah.

Sebagaimana sabda Rasulullah:

"Akan datang pada manusia satu zaman,orang yang sabar berpegang teguh pada agamanya,seperti orang yang menggenggam bara api" (Al Hadith)

Oleh itu,berdasarkan kalam atau hadith yang telah disabdakan oleh baginda kepada umatnya,ia menunjukkan bahawa zaman itu,ahli-ahli agama,para ulama',ustaz-ustazah,para pendakwah dan mereka yang berpegang teguh pada agama serta mereka yang membawa Syiar Islam seolah-olah mereka ini ditindas oleh golongan-golongan yang jauh dari agama islam,mereka yang tidak menunaikan solat,kalangan mereka yang jahil dan dungu mengenai agama Islam.Dengan itu,mereka dengan penuh TAKABBUR dan RIYA' dengan kemewahan dunia bermegah-megah dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah sehingga lupa daripada mana mereka menerimanya.

Firman Allah:

"Jika engkau bersyukur,aku akan tambahkan nikmatku dan jika engkau kufur
sesungguhnya azabku yang pedih untuk mereka yang sedemikian."

Allah Subhanahu Wa Taala telah memberitahu kepada hambanya tentang perkara tersebut.Tetapi pada hari ini,mereka yang Allah kurniakan mereka nikmat yang melimpah-ruah adalah sebenarnya untuk menguji mereka,ada dikalangan yang Allah kurniakan nikmat yang banyak sebenarnya untuk menjauhkan dan menambahkan kesesatan mereka di dunia ini.Mereka yang bersifat sedemikian senantiasa tidak merasa cukup dengan nikmat yang Allah Taala limpahkan kepada mereka tetapi Tuan-tuan dan Saudara-saudara sekalian,mereka yang TAAT kepada perintah Allah senantiasa merasa cukup dengan pemberian dan rezeki yang Allah Taala kurniakan kepada mereka.Inilah perbezaan orang atau golongan yang dinamakan sebagai Syakir Nikmat dan kufur nikmat,maka saudara-saudara sekalian pandai-pandailah antum semua bezakan yang mana baik untuk diamalkan dan yang mana buruk untuk dijauhkan.

Ikhwan dan Ahbab yang saya muliakan,

Sambutan Maal Hijrah atau tahun baru Islam tahun ini,sebenarnya merecyclekan kembali peringatan kita terhadap sejarah Islam.Yang mana,pada zaman dahulu kaum muawiyyah amat menyintai jawatan yang tinggi-tinggi sehingga sanggup membunuh mereka yang tidak taat dan patuh kepada pemerintahan mereka.Itulah sebahagian Muawiyyah yang terlampau gilakan pemerintahan.


Insya Allah pada hari ini ana Al Faqir IlallAh Al Ghani akan menukilkan kisah selepas berlaku pembunuhan Saiyidina Hussien RadhiAllahu anhu di karbala.Tetapi sebelum itu,suka ana disini berkongsi sedikit ilmu kepada Saudara-saudara sekalian makna 'KARBALA',berdasarkan kalam Syeikhuna Muhammad Fuad Al Maliki,'KARBUN' ialah kemurungan atau kesedihan manakala 'BALA' ialah Bala atau Malapetaka....Teruskan membaca kisah ini dan hayatilah....

MUTIARA KATA:

Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (QS. Al An’am : 153)


SAIDINA HUSSEIN R.A. SYAHID DI KARBALA


Tragedi gugurnya al-Hussein r.a secara mengerikan itu mendorong tokoh-tokoh riwayat dan para penulis sejarah Islam untuk mengadakan penyelidikan. Hasil dari penyelidikan dan pengamatan yang mereka lakukan setelah terjadinya peristiwa itu, mereka tuangkan dalam tulisan-tulisan berupa riwayat menceritakan berbagai akibat setelah terjadinya pemenggalan kepala cucu Rasulullah SAW.
.
Seorang penulis Islam kenamaan, Ibnu Hajar, dalam bukunya berjudul "Ash-Shawa'iqul-Kuhriqah" halaman 116, mengungkapkan bahawasepeninggalan al-Hussein r.a. ternyata tak ada seorang pun yang terlibat dalam pembunuhan itu, yang terhindar dari seksa dunia setimpal dengan perbuatannya. Ada yang mati terbunuh, ada yang buta dan ada pula yang secara tiba-tiba mukanya berubah warna menjadi hitam lebam. Semuanya itu terjadi dalam waktu tak seberapa lama sejak al-Hussein r.a. wafat.
.
Dalam bukunya yang berjudul "Tahdizibut-Tahdzib" Jilid II halaman 335, Ibnu Hajar juga mengetengahkan kisah an-Numairiy yang berasal dari 'Ubaid bin Jinadah. Kisah tersebut mengungkapkan peristiwa yang dialami seorang tua yang pernah melibatkan diri dalam pembunuhan terhadap al-Hussein r.a. Orang tua itu membusungkan dadanya hanya kerana merasa terlibat langsung dalam pembunuhan terhadap al-Husein. Dengan bangga ia mengatakan: "Lihatlah, aku tetap selamat... tak ada bencana apapun yang menimpa diriku!"
.
Tak lama setelah ia mengucapkan perkatan tersebut, lampu minyak berada tidak jauh dari tempat duduknya tiba-tiba memudar. Dikiranya sumbu lampu itu hampir habis. Ia segera bangkit dari tempat duduknya mendekati lampu untuk berusaha memperbaiki sumbunya. Pada saat ia sedang menarik sumbu, api yang semulanya tampak hampir padam tiba-tiba membesar kembali dan membakar jari-jarinya. ia berusaha keras memadamkan api yang menyala di tangannya, tetapi tidak berhasil, bahkan api menjalar ke bagian-bagian tangannya yang berlumuran minyak. Dalam keadaan panik ia mencuba memadamkan api dengan memasukkan tangan ke dalam mulut, tetapi malang... api bukan menjadi padam malah menyambar janggutnya yang telah memutih tetapi masih cukup lebat.
.
Mukanya terbakar dan ia melolong-lolong kesakitan. Akhirnya api membakar pakaian yang sedang dikenakannya sehingga seluruh tubuhnya turut terbakar. Bagaikan sebuah obor besar ia lari kebirit-birit keluar dari rumah menerjunkan diri ke dalam Sungai al-Furat yang tidak seberapa jauh letaknya. Beberapa saat lamanya ia tidak muncul di atas permukaan air. Banyak orang menunggu-nunggu di tepi sungai ingin menyaksikan apa yang sedang terjadi pada diri orang tua itu. Ketika ia muncul di permukaan air, ternyata telah mati dan tubuhnya hangus seperti gumpalan arang! Kebenaran kisah tersebut diperkuat oleh sejarawan Muslim terkenal, at-Thabariy, dalam bukunya yang berjudul "Dzakha'irul-'Uqba" halaman 145.
.
Dalam buku yang sama, Ibnu Hajar juga mengemukakan sebuah riwayat tentang pembunuh al-Hussein r.a. Peristiwanya terjadi ketika si pembunuh itu menyerahkan kepala cucu Rasulullah SAW kepada 'Ubaidillah bin Ziyad, penguasa daerah Kufah. Kerana besar harapan akan memperoleh ganjaran istimewa, si pembunuh itu menyerahkan kepala al-Hussein r.a. sambil bersyair: "Akan kupenuhi kantongku dengan emas dan perak. Sebagai ganjaran membunuh raja tanpa mahkota. Seorang yang pernah sembahyang pada dua kiblat. Berasal dari keturunan manusia termulia. Akulah pembunuh orang terbaik, ayah bondanya..."
.
Akan tetapi ketika Ibnu Ziyad mendengar bait terakhir dari syair itu, dengan marah ia menukas: "Kalau engkau mengetahui kemuliaannya itu, mengapa ia kau bunuh? Tidak, demi Allah, engkau tidak akan mendapat ganjaran baik dari aku. Malah engkau kuikut-sertakan bersama dia!" Habis mengucap kalimat-kalimat tersebut, Ibnu Ziyad langsung memerintahkan salah seorang pengawal untuk membunuh orang yang baru saja mendendangkan syair dengan harapan akan menerima ganjaran besar.
.
Ada baiknya juga jika kami kemukakan juga riwayat lain lagi, yang ditulis oleh Ibnu Hajar dalam buku yang sama halaman 119. Peristiwanya terjadi ketika 'Umar bin Sa'ad bersama pasukannya membawa kepala al-Hussein r.a., Ibnu Hajar menulis sebagai berikut: "Setiap berhenti di suatu tempat untuk beristirehat, para pengawal kepala al-Husein r.a. selalu menancapkan kepala itu pada hujung tombak. Seorang pendeta Nasrani yang bertempat tinggal di sebuah biara yang dilewati rombongan, terkejut melihat sebuah kepala manusia tertancap pada hujung tombak, ia lalu bertanya ingin mengetahui siapakah orang yang dipenggal kepalanya itu. Ketika mendapat jawapan bahawa kepala itu adalah kepala al -Hussein r.a. putera Siti Fatimah binti Rasulullah SAW, dengan marah ia menyahut: "Alangkah buruk perbuatan kalian!" Saat itu juga ia minta agar kepala al-Hussein r.a. boleh disemayamkan semalam di dalam biaranya. "Untuk itu aku sedia membayar 10,000 dinar!", katanya lebih lanjut. Tentu saja permintaan pendeta itu diterima baik oleh Sa'ad dan rombongannya.
.
Kepala al-Hussein r.a. segera dibawa masuk oleh pendeta itu ke dalam biara, kemudian dicuci bersih-bersih dan diberi wewangian secukupnya. Semalam suntuk kepala itu dipangkunya sambil menangis hingga pagi hari. Keesokan harinya pendeta itu langsung menyatakan diri masuk Islam, kerana pada malam harinya ia menyaksikan cahaya terang memancar ke langit dari kepala al-Hussein r.a. Setelah memeluk Islam, ia meninggalkan biaranya dan hingga akhir hidupnya ia merelakan diri bekerja sebagai pembantu Ahlul-Bait...

Demikianlah menurut Ibnu Hajar. Dengan sekelumit riwayat yang kami kutip dari penulis Islam terkenal itu, terbuktilah bahawa tindakan pembunuhan sewenang-wenang terhadap cucu Rasulullah SAW mendorong semangat para penulis sejarah untuk mengungkapkan lebih jauh peristiwa yang menyedihkan itu.
.
(Petikan: 'Al Husain bin Ali r.a.: Pahlawan Besar dan Kehidupan Islam pada Zamannya' oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini, hlm 373.)

Saturday, November 6, 2010

Makna 'Zikir' melalui Al Quran


Alhamdulillah,pada hari ini kita sebagai umat Nabi Muhammad sentiasa membasahi lidah dengan berzikir kepada Allah dan sebagainya,tetapi malangnya kita pada hari ini kerana ada dikalangan kita yang masih tidak memahami apa itu ZIKIR sebenarnya.Oleh itu,marilah kita sama-sama menghayati apa yang dimaksudkan dengan ZIKIR......

Zikir ialah:-

1. Al-Qur’an

Dzikir itu artinya al-Qur’an sebagaimana firman Allah,

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9)

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benaral-Hijr: 9)

Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan (Q.S. An-Nahl: 44)

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (28

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Q.S. Ar-Ra’du: 28)

Semua kata “dzikr” dalam ayat-ayat di atas maksudnya al-Qur’an. Imam Ibnu Qoyyim berpendapat, “Dzikrullah itu ialah al-Qur’an yang telah Allah turunkan kepada Rasul-Nya, dengannya akan tenang hati orang yang beriman, karena hati tidak akan tenang kecuali dengan iman dan yakin. Dan tidak ada jalan untuk memperoleh keimanan dan keyakinan kecuali dengan al-Qur’an“

Demikian firman Allah, juga ayat

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl:43)

Yang dimaksud ahli dzikir disini bukanlah yang suka membaca kalimat dzikir seperti membaca laailaha illallah 1000 kali dsb, tapi ahli dzikir di sini maksudnya ialah yang menguasai al-Qur’an dan Sunnah.

Mengapa al-Qur’an dikatakan dzikr, karena al-Qur’an berfungsi sebagai pengingat penggugah, dan penyadar. Dan arti dzikir itu sendiri ialah ingat, sadar.

Banyak bukti terjadi pada jaman Nabi saw, bagaimana orang yang asalnya tidak percaya kepada Allah, tidak mau melaksanakan perintah-Nya, dengan adanya al-Qur’an mereka menjadi sadar untuk mengabdi dan berbakti kepada Allah

Pada suatu saat umar marah, ketika mendengar kabar bahwa Nabi Muhammad saw. meninggal, sambil menghunus pedang ia berseru, siapa yang mengatakan bahwa rasul telah meninggal! Lalu Abu Bakar dating menghampirinya sambil membacakan ayat, “wa maa muhammdun illa rasuul …” yang artinya “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?” (Q.S. Ali Imran: 144), seketika itu pula umar sadar, lalu berkata, seolah-olah aku belum pernah mendengar ayat ini.

Suatu hari, Ali Zainal Abidin, cucunya Ali bin Abi Thalib, menyuruh pembantunya uantuk mebawakan air wudhu, tanpa sengaja pembantunya tersebut menumpahkan air ke kakinya serta melukainya, Ali lalu marah kepadanya, sampai-sampai mau menempeleng dan menyiksanya. Dengan tenang pembantunya, membacakan ayat tentang ciri orang yang bertakwa ialah , wal kaazhimiina ghaizha, saat itu juga Ali sadar dan menjawab, ya saya tahan amarah saya, lalu dibacakan lagi lanjutan ayat tersebut, wal ‘aafiin ‘aninnas, Ali menjawab, ya saya maafkan kamu, kemudian ia melanjutkan lagi, wallaahu yuhibbul muhsinin, lalu Ali berkata, pergilah kamu, sekarang kamu menjadi manusia yang bebas.

Inilah bukti bahwa al-Qur’an merupakan, pengingat, penggugah, dan penyadar bagi manusia.

2. Sholat

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي (14)

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.(Q.S. Thaha: 14)

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ (45)

dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Q.S. Al0Ankabut: 45)

Ibnu ‘Atiyah berkata, “Sesungguhnya dalam sholat itu ada tiga hal, setiap shalat yang tidak terdapat padanya ketiga hal tersebut maka tidak dinilai shalat yang sempurna, yaitu ikhlas, rasa takut kepada allah, dan mengingat allah”

Orang Thaif adalah kaum yang paling terlambat menerima Islam, dan akhirnya mereka menerima Islam dengan persyaratan bahwa meraka hanya akan melaksanakan kewajiban shalat saja, sementara kewajiban yang lainnya, mereka belum siap melaksanakannya. Akhirnya, Rasul pun mengabulkan persyaratan mereka tersebut.

Setelah mereka menjalankan ibadah shalat, dana mersapi setiap bacaan shalat, akhirnya meraka sadar lalu menghadap Rasulullah, dan berkata, ya Rasulullah, dulu kami menolak untuk melaksanakan, zakat, shaum, dan kewajiban yang lainnya, sekarang kami sadar, dan siap untuk melaksanakan semua kewajiban yang yang diperintahkan kepada kami. Ini menjadi bukti bahwa dengan shalat yang benar, ternyata mereka menjadi sadar.

Apalagi bagi Rasulullah, jika beliau menghadapi suatu urusan yang tegang, berat, Nabi biasanya suka shalat 2 rakaat, untuk menenangkan, menyegarkan, dan berpikir lebih jernih.

Bahkan untuk menghentikan riba pun, ternyata juga dengan shalat. Setelah menerangkan riba, Allah menerangkan tentang shalat. Ternyata dengan shalat, diharapkan mampu menghentikan perbuatan riba. Demikianlah peran dan fungsi shalat, jika dihayati dengan benar, maka akan mampu membuat orang dapat meninggalkan fahsya dan munkar

3. Jumaat

Firman allah,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (9)

Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(Q.S. Al-Jumu’ah:9)

Jum’at merupakan dzikrullah, yaitu sejak persiapan jum’at, shalat intizharnya, mendengarkan khutbahnya, dan shalatnya.

Nabi menggambarkan ada 3 klasifikasi orang yang melaksanakan jum’at

1. ada orang yang hadir jum’at tapi hampa nilainya

2. Ada orang yang berdo’a dan besar harapan untuk dikabul do’anya, ia menggunakan kesempatan dan waktu tersebut untuk berdo’a kepada Allah. Karena Allah pun menjajikan ada saat ijabah di waktu jum’at.

3. ada orang yang dengan jum’atnya tersebut menjadi pelebur dosa, yang ada diantara jum’at ke jum’at.

4. Dzikrullah

Firman allah,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)

41. Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. 42. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. 43. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. (Q.S. Al-Ahzab 41-43)

Dalam ayat ini, pertama diperintahkan agar orang-orangg beriman berdzikir kepada allah dengan dzikir yang banyak, kira-kira apa yang dimasud dzikir disini, mengingat ada ulama yang membagi dzikir itu kepada dua, dzikir dengan lisan saja dan dzikir dengan kenyataan, yaitu dengan sikap dan perilaku.

Yang dimaksud, dzikir yang banyak bukan dalam artian jumlah, seperti membaca laa ilaaha illalllah, sepuluh kali, seratus kali, seribu kali, atau tiga ribu kali, setiap malam jum’at misalnya. Padahal bilangan itu tidak ada yang banyak, seratu banyak, tapi dibanding seribu sedikit, seribu dibanding sepuluh ribu sedikit, dan seterusnya. Ini menunjukkan banyak menurut jumlah itu relative.

Kita bandingkan dengan dzikirnya orang yang munafik, “orang munafik tidak dzikir kecuali hanya sedikit saja“. Sedikit disini bukan dalam arti jumlah. Kalau orang mu’min membaca tasbih, tahmid, dan takbir 33 kali, tidak berarti orang munafiq itu membacanya dzikirnya masing-masing 10 kali.

Untuk mempraktekkan dzikir yang banyak dengan pengertian jumlah yang tadi, kadang menggunakan tasbih, tidak akan bisa dilaksanakan oleh setiap orang,

Seorang mu’min yang sadar ialah tentu saja setiap gerak langkahnya tentu saja akan ingat terhadap aturan dan ketentuan Allah di manapun merea berada.

Orang yang dzikrullah di pasar, tentu saja ia ingat bahwa tidak boleh menipu, tidak boleh berdusta, tidak boleh memanipulasi, tidak boleh berbuat curang, iangat bahwa itu semua diolarang oleeh agama Berarti ia telah berdzikir kepada Allah walaupun tidak membaca tasbih, tahmid, takbir dan sebagainya.

Yang kedua, Allah memerintahkan bertasbih kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. Siang dan malam itu untuk menunjukkan waktu. Mungkin saja ada orang yang pagi sadar sore tidak, siang sadar malam tidak, dst. Oleh karena itu setiap waktu dituntut untuk dzikran katsiira, bukan dalam artian jumlah. Sementara banyak orang yang menafsirkan ayat ini dengan artian jumlah yang banyak

Misalkan wirid setelah shalat, membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali, dan tahlil sekali, jumlahnya seratus kali. Ada juga yang mengubahnya dengan laa ilaaha illalah 165 kali dengan suara yang keras dan gerakan tertentu. Dzikir dengan cara seperti ini tidak ada ketentuannya dari Rasulullah

Ada lagi dzikir khusus, katanya dalam hati manusdia itu ada beberapa bagian, manusia , untuk meni bagian ini membaca Allah 1000 kali, bagian lain 2000 kali, dst. Hal ini pun sama tida ada ketentuannya dari Rasulullah

Arti sholat dinisbahkan kepada Allah artinya memebrikan rohmat kepada manusia, shoilat dinisbahkan kepada malaikat artinya memeohonkan ampun, sholat dinisbahkan kepada manusia artinya berdo’a. Allah memberikan rahmat kepada manusia dengan menurunkan wahyunya untuk mengeluarkan manusia dari alam yang gelap ke alam yang terang benderang.

Imam al-Maraghi berkata, “Ingatlah kepada Allah dengan hati kamu, lisan kamu dan seluruh anggotamu dengan dzikir yang banyak dalam setiap keadaan kamu dengan penuh kesungguhan“.

Ada orang yang dzikir hanya dengan lisan saja, tapi tidak sadar, tidak disertai dengan hati. Seperti seorang anak kecil yang bernyanyi, “bangun tidur kuterus mandi, tidak lupa menggosok gigi, ..”. ketika disuruh mandi ia malah marah-marah, karena ia tidak sadar dengan apa yang diucapkannya.

Atau mungkin di satu rumah yang memiliki burung beo, ketika ada tamu yang datang, burung tersebut bersuara, ’silahkan masuk’. Walaupun sampai sepuluh kali burung tersebut mempersilahkan masuk tetap saja tamu tersebut tidak akan masuk. Tapi ketika pribuminya mengatakan ’silahkan masuk, walapun Cuma sekali, maka tamu tersebut akan masuk ke rumah. Kenapa demikian, karena burung itu berkicau, kalau manusia berbicara. Kita mungkin sering merasa do’a kita tidak dikabul oleh Allah, bisa jadi karena selama ini kita hanya berkicau seperti burung, bukannya berdo’a.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (191)

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Q.S. Ali Imran 191)

Diantara ciri ulil albab ialah yang berdzikir dan berpikir. Ada orang yang berdzikir tapi tidak berpikir, maka akibatnya ketinggalan dalam bidang ekonomi, politik dsb. Adapula yang berpikir tapi tidak berdzikir, akibatnya orang tersebut sukses namun moralnya bejat, melakukan korupsi, manipulasi, dsb.

Nabi Isa a.s. berkata, “beruntung orang yang ucapannya mengingat Allah, diamnya bertafakur, dan pandangannya menjadi pelajaran“

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ (152)

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu,, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (Q.S. Al-Baqarah:152)

Ibnu Sa’id bin Jubair berkata, ayat di atas maksudnya, “Ingatlah kalian dengan melaksanakan perintah-Ku maka Aku akan mengingatmu degan memberikan ampunan-Ku.

Kalau dianalogikan, jiak ada seorang istri berpesan kepada suaminya untuk selalu mengingatnya selama perjalanannya. Tentu saja cara mengingat isterinya itu ialah dengan mengingat pesan-pesannya, apa yang dimintanya, dan apa kebutuhannya, bukan dengan menyebut-nyebut namanya selama perjalanan tapi tidak ingat akan pesan-pesannya.


wALLHU"ALAM......